Aprilia Riders Club Malaysia
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Aprilia Riders Club Malaysia

FORUM
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Cadangan Tabung Bencana dan Kemalangan APRC

Go down 
AuthorMessage
DP Rider
Admin
Admin
DP Rider


Posts : 62
Join date : 2011-07-31
Age : 61
Location : Kuala Lumpur

Cadangan Tabung Bencana dan Kemalangan APRC Empty
PostSubject: Cadangan Tabung Bencana dan Kemalangan APRC   Cadangan Tabung Bencana dan Kemalangan APRC Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 5:38 pm

PENDAPAT DAN SOKONGAN ANDA DIKEHENDAKI!

Assalammualaikum !

Saya ingin mencadangkan supaya APRC menubuhkan Tabung Bencana dan Kemalangan bagi membantu sesama kita yang menabung disaat diperlukan. berikut adalah beberapa cara dan syarat bagaimana untuk mengendali, mengawal, mengemaskini dan lain-lain lagi untuk dipersetujui besama. Mulai dari saat ini Tabung Bencana & Kemalangan ini akan diringkaskan didalam penulisan saya sebagai "TBK". Apa yang dinyatakan dibawah ini adalah pendapat saya sahaja dan anda juga dijemput untuk menyatakan idea dan cara terbaik untuk Tabung Bencana & Kemalangan ini dikendalikan.



Soalan : Apakah tujuan dan matlamat TBK diadakan?

Jawapan : Tujuan dan matlamat utama TBK adalah untuk membantu sesama kita yang menabung disaat atau ketika memerlukan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat sesuatu bencana atau kemalangan. Ianya boelh dianggap sebagai satu "Tabung Bersama" diantara peserta yang menyertainya.



Soalan : Berapakah bayaran yang dicadangkan bagi setiap bulan?

Jawapan :Bayaran yang dicadangkan buat masa ini adalah sebanyak RM10.00 sebulan atau RM120.00 setahun.



Soalan : Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran tersebut?

Jawapan : Bayaran boleh dibuat secara setahun sekali, 6 bulan sekali, 4 bulan sekali atau setiap bulan. Bayaran boleh dibut terus kepada pemegang amanah TBK yang mana ianya adalah dibuat secara pemilihan semasa perbincangan nanti. Wang yang dibayar pula akan dimasukkan ke akaun bank tempatan diatas nama 2 orang ahli yang telah dipilih. Ini bertujuan sebagai salah satu cara pengawalan sahaja.



Soalan : Adakah kami akan digelar Ahli TBK atau Peserta TBK?

Jawapan : Sesiapa jua yang bersetuju untuk menyertai TBK ini akan digelar atau dipanggil sebagai peserta dan bukan sebagai ahli.



Soalan : Bilakah TBK ini akan dimulakan?

Jawapan : Buat masa ini ianya adalah didalam peringkat cadangan dan peringkat dimana segala pendapat dari bakal peserta akan dikumpul dan dikaji untuk diguna pakai. Adalah harapan kami untuk memulakan TBK ini mulai JUN 2011.


Soalan : Siapakah pengendali atau pemantau TBK ini?

Jawapan : Memandangkan TBK ini dibuat sebagai usaha untuk membantu setiap peserta yang menyertai secara persetujuan bersama maka kita akan membuat pemilihan untuk memilih orang-orang tertentu untuk memegang atau menjalakan tugas-tugas berikut.

2 orang Bendahari

1 orang Penasihat

1 orang untuk mengemaskini data peserta



Soalan : Apakah kategori-kategori Bencana dan Kemalangan?

Jawapan : Kategori-kategori Bencana dan Kemalanagan yang dicadangkan buat masa ini adalah seperti berikut:-


Bencana - terdiri daripada bencana yang menimpa peserta seperti tanah runtuh, banjir dan kebakaran. Ianya tertakluk hanya kepada tubuh badan peserta dan motorsikal yang didaftarkan sahaja.

Kemalangan - terdiri daripada kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan peserta dan kerosakan pada motorsikal yang didaftarkan sahaja. Ianya juga tertakluk kepada fasa-fasa tertentu yang akan dinyatakan didalam pra-syarat yang perlu dipersetujui bersama oleh setiap peserta.



Soalan : Boleh berikan contoh pampasan dari TBK?

Jawapan : Contoh ringkas yang mungkin boleh diguna pakai jika dipersetujui oleh semua peserta adalah seperti berikut:-


Contoh Pertama

Syarat pembayaran bagi pampasan kemalangan adalah kes-kes yang sahih dimana ianya berlaku akibat perbuatan orang lain seperti kes langgar lari, dihimpit dan lain-lain. Laporan polis juga diperlukan bagi pengesahan punca kemalangan unutk membuat tuntutan.


1. Kemalangan kecil yang memerlukan rawatan di klinik swasta sepert pembedahan/jahitan kecil dan ubat-ubatan.


Cadangan pampasan adalah - Maksimum RM40.00 atau 10% daripada bill rawatan atau yang mana lebih rendah. Ini bermakna sekiranya bill rawatan dan pembedahan/jahitan kecil adalah RM150.00 maka pampasan yang diber adalah cuma RM15.00. Jika bill rawatan dan pembedahan/jahitan kecil adalah RM500.00, maka pampasan adalah cuma RM40.00


2. Kemalangan kecil yang memerlukan rawatan di klinik swasta seperti pembedahan/jahitan kecil, ubat-ubatan dan bermalam lebih dari 2 hari.


Cadangan pampasan adalah - Maksimum RM100.00 atau 10% daripada bill rawatan atau yang mana lebih rendah. Ini bermakna sekiranya bill rawatan dan pembedahan/jahitan kecil adalah RM900.00 maka pampasan yang diberi adalah cuma RM90.00. Jika bill rawatan, pembedahan/jahitan dan wad adalah RM1200.00, maka pampasan adalah cuma RM100.00.


Contoh Kedua

Syarat pembayaran yang mungkin boleh diguna pakai jika dipersetujui oleh semua peserta bagi Bencana adalah seperti berikut:-


1. Kerosakan pada motorsikal akibat banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi dimana memerlukan kerja baik pulih di bengkel motor.


Cadangan pampasana adalah - Maksimum RM300.00 atau 10% dari kos bill baik pulih atau yang mana lebih rendah.


2. Bantuan kemanusian akibat banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi dimana peserta terpaksa berpindah dari rumah buat sementara.


Cadangan pampasan adalah - Maksimum RM200.00 atau 10% dari kos bill penginapan atau yang mana lebih rendah.


Peserta TBK tidak boleh menuntut pampasan kemalangan yang disebabkan oleh aktiviti riadah yang dianjurkan oleh mana-mana agen, persatuan, forum group, sesama sendiri atau yang seumpamanya yang tidak mendapat kebenaran/pengesahan dari TBK.



Soalan : Apa akan terjadi jika peserta tidak membayar selama 2 bulan berturut-turut?


Jawapan : Peserta akan hilang kelayakan untuk membuat sebarang tuntutan pampasan sehingga ia membayar bayaran yang tertunggak. Selepas 2 bulan tersebut ia masih gagal membayar maka secara otomatiknya ia akan digudurkan dari senari peserta. Walaubagaimana pun semua ini bergantung kepada penjelasan yang diberi selepas peringatan dan teguran dibuat oleh pihak TBK.



Soalan : Adakah resit pengesahan pembayaran akan diberi kepada peserta bagi setiap bayaran bulanan?

Jawapan : Ya, resit pembayaran bulan akan diberi kepada peserta TBK dan ianya akan dihantar secara tangan, pos atau email.



Soalan : Adakah pengendali TBK ini dibayar gaji atau saguhati?

Jawapan : Sesunggunya segala kerja yang dijalakan bagi mengemaskini data peserta, bayaran dan lain lain yang berkaiatan ini adalah secara sukarela iaitu tiada apa jua pampasan, gaji bulanan atau saguhati namaun adalah adil sekiranya apa jua kos mengendali seperti setem, salinan photocopy dan persediaan laporan itu di bayar mengikut kos semasa yang sebenar. ATAU boleh juga jika semua peserta bersetuju untuk dibenarkan kos pengendalian sebanyak RM10.00 sebulan diperuntukan kepada pengendali-pengendali TBK.


Soalan : Jika ada ketidakpuasan hati peserta berkaitan cara pampasan dibuat, kepada siapakah ia boleh mengadu?

Jawapan : Sebaiknya apabila ada sesuatu itu tidak memuaskana hati kita maka ianya hendaklah disampaikan terus kepada penasihat TBK untuk menyusul tindakan selanjutnya.


Apa jua Soalan dan Jawapan diatas adalah apa yang saya rasakan atau pendapat peribadi saya. Ianya tidak harus diterima pakai secara terang-terangan kerana TBK ini adalah milik bersama semua bakal peserta. Kita sama-sama menubuhkannya dan kita sama-sama mencorakkannya. Jika ada lagi yang terlintas difikiran, akan saya nyatakan disini lagi.

Bulat air kerana pembentong,bulat manusia kerana muafakat!!.Sila berikan pendapat anda secara serious demi untuk menjayakan cadangan untuk menjadikan TBK ini suatu realiti dan kebaikan bersama antara kita semua. Segala maklum balas berkaitan pendapat anda akan saya nyatakan sekali lagi disini untuk dibincangkan bersama apabila perbincangan untuk kali kedua diadakan sebelum keputusan muktamad dijanjikan.
Back to top Go down
https://aprc.forumms.net
 
Cadangan Tabung Bencana dan Kemalangan APRC
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Welcome to APRC Forum!
» Hanif Dorsoduro kemalangan dan telah kembali ke rahmatullah!...AlFatihah
» RSV4 factory APRC & RSV4 Factory APRC SE
» Cadangan Untuk Mods
» Cadangan hari dan waktu TTS yang sesuai

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aprilia Riders Club Malaysia :: Aprilia Riders Club Forum :: Perbincangan Am (General Discussion)-
Jump to: